Friday, June 30, 2006

SAMBAL IKAN BILIS

SAMBAL IKAN BILIS

Bahan-bahannya:
300 gm ikan bilis dibersih dan dibuang tulangnya.
20 biji cili kering (kalau suka pedas lebihkan, dan kalau suka kurang
pedas, kurangkan cilinya)
1/2 ketul belacan
4 biji bawang besar /( 20 ulas bawang merah dan 2 biji bawang besar)
(bagi akak, akak lebih suka bawang besar sebab, cepat dan save time)
asam jawa sebesar ibu jari
2 ulas bawang putih
1/2 camca gula
1/2 cawan pati santan
garam dan aji-no - moto secukup rasa
minyak untuk menumis (jangan terlalu banyak kerana kita menggunakan santan)

CARA CARA MEMBUATNYA :
1. Bersihkan ikan bilis dan asingkan. Setengah orang lebih suka ikan
bilis itu digoreng
terlebih dahulu, tapi akak lebih suka tidak digoreng, terpulang
kepada citarasa masing masing.
2. Dua biji bawang besar atau pun 20 ulas bawang merah dimesin bersama sama dengan belacan, bawang putih dan cili kering yang telah direbus dan dibersihkan terlebih dahulu.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Setelah panas minyaknya,
masukkan bahan bahan yang dimesin tadi kedalamnya.
4. Masukkan asam jawa kedalam santan dan perahlah asamnya. Kemudian,
masukkan kedalam kuali tadi ( jangan pula dimasukkan kesemuanya,
tapis dahulu barulah dituang kedalam kuali tadi).
5. Masukkan pula ikan bilis, gula, garam ( rasa dahulu, jika sudah
cukup garamnya, tidak perlu masukkan garam lagi, kerana sesetengah ikan bilis, masin rasanya) masukkan juga aji-no-moto secukup rasa.
6. Akyirnya, masukkan 2 biji bawang besar yang dipotong bulat kedalamnya.

Kacau dan biarkan ia mendidih buat seketika. Setelah itu, kecilkan
api, setelah pecah minyak, angkat dan hidangkan dengan nasi lemak atau pun nasi putih.

APAM WARNA WARNI

APAM WARNA WARNI

Bahan-bahannya:
320 gm tepung gandum
1 tsp baking powder
250 gm gula castor
2 tsp esen vanilla
2 biji telur gred A
1 tsp ovallate
240 gm air
2 tbsp susu manis
coloring

Cara membuatnya
Masukkan semua bahan ke dalam mixer. Putar dengan kelajuan maximum hingga
kembang (texture macam sponge cake). Isikan dalam paper cup. Kukus dengan api kuat
selama 10 minit. Angkat dan hidang...

NASI LEMAK KUKUS 2

NASI LEMAK KUKUS

Bahan-bahan:
1 kg beras [basuh dan toskan]
1 biji kelapa [5 cawan santan]
garam
daun pandan

Cara membuatnya:
1. Masukakn semua bahan dalam periuk dan masak sampai agak kering
sambil kacau sekali sekala.
2. Salinkan keatas kukusan yg berlubang dan letakkan atas kukusan.
3. Kukuskan sehingga naik wap [anggran 20 minit].
4. Bila telah masak masukkan dalam mangkuk dan hidangkan.

Cara Masak Nasi Lemak Kukus
Rendamkan beras dalam santan cair selama 2 jam. Paras santan tu
menutup beras je, tak membazir.
Alaskan pengukus dengan kain muslin, panaskan atas periuk kukusan yang
sudah dididihkan airnya. Masukkan 2-3 helai daun pandan ke dalam air
didihan. Toskan beras, dan masukkan dalam pengukus, kukus sehingga
setengah masak . Pijarkan minyak/butter dan tumiskan bawang kuning
yang dihiris, halia yang dihiris, bawang putih yang dihiris, kayu
manis dan sedikit garam, hingga bawang layu.
Masukkan santan pekat ke dalam tumisan dan gaul rata. tutup apinya.
Keluarkan nasi yang separa masak dan masukkan dalam santan, gaul rata.
Biarkan sebentar. Masukkan nasi sekali lagi ke dalam pengukus dan
kukuslah sehingga masak.

NASI LEMAK KUKUS

NASI LEMAK KUKUS

Bahan-Bahannya :
1kg beras
1 biji kelapa santan kalau nak lemak boleh tambah
Sedikit garam
Sedikit gula
Daun pandan
Air

Cara Membuatnya :
Basuh dan rendam sebentar beras tu
Toskan dan kukus sampai setengah masak
Masakkan santan + air + garam + gula + daun pandan
sampai mendidih tapi jgn sampai pecah minyak
keluarkan beras yg dikukus tadi letakkan di dlm bekas yg besar
curahkan santan panas tadi sehingga seluruh beras terendam
biarkan seketika sampai santan tu meresap dan beras tadi kembang
lepas tu kukus sekali lagi sampai masak.

JELLI KELAPA MUDA

JELLI KELAPA MUDA

Bahan
10 gm serbuk agar-agar
3 dan sejukkan mug air biasa
1 cawan gula
2 mug air kelapa
isi kelapa muda

Cara
1. Masakkan air dan serbuk agar-agar sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendideh
3. Tapiskan dan masukkan air dan isi kelapa muda. Kacau rata.
4. Masukkan agar-agar dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk.
5. Hidangkan sejuk [chilled] untuk minum petang.