Friday, June 30, 2006

SAMBAL IKAN BILIS

SAMBAL IKAN BILIS

Bahan-bahannya:
300 gm ikan bilis dibersih dan dibuang tulangnya.
20 biji cili kering (kalau suka pedas lebihkan, dan kalau suka kurang
pedas, kurangkan cilinya)
1/2 ketul belacan
4 biji bawang besar /( 20 ulas bawang merah dan 2 biji bawang besar)
(bagi akak, akak lebih suka bawang besar sebab, cepat dan save time)
asam jawa sebesar ibu jari
2 ulas bawang putih
1/2 camca gula
1/2 cawan pati santan
garam dan aji-no - moto secukup rasa
minyak untuk menumis (jangan terlalu banyak kerana kita menggunakan santan)

CARA CARA MEMBUATNYA :
1. Bersihkan ikan bilis dan asingkan. Setengah orang lebih suka ikan
bilis itu digoreng
terlebih dahulu, tapi akak lebih suka tidak digoreng, terpulang
kepada citarasa masing masing.
2. Dua biji bawang besar atau pun 20 ulas bawang merah dimesin bersama sama dengan belacan, bawang putih dan cili kering yang telah direbus dan dibersihkan terlebih dahulu.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Setelah panas minyaknya,
masukkan bahan bahan yang dimesin tadi kedalamnya.
4. Masukkan asam jawa kedalam santan dan perahlah asamnya. Kemudian,
masukkan kedalam kuali tadi ( jangan pula dimasukkan kesemuanya,
tapis dahulu barulah dituang kedalam kuali tadi).
5. Masukkan pula ikan bilis, gula, garam ( rasa dahulu, jika sudah
cukup garamnya, tidak perlu masukkan garam lagi, kerana sesetengah ikan bilis, masin rasanya) masukkan juga aji-no-moto secukup rasa.
6. Akyirnya, masukkan 2 biji bawang besar yang dipotong bulat kedalamnya.

Kacau dan biarkan ia mendidih buat seketika. Setelah itu, kecilkan
api, setelah pecah minyak, angkat dan hidangkan dengan nasi lemak atau pun nasi putih.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home