Friday, May 26, 2006

KEK LAPIS MASAM MANIS

KEK LAPIS MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN
200 g mentega
300 g telur
150 g tepung gandum
50 g gula aising
5 sudu kecil esen vanila
3 g rempah kek lapis
200 g kepingan masam-masam manis (haw flakes)

CARA MEMBUATNYA
Campurkan tepung dengan rempah kek
Buah prun dibuang biji dan dibelah tiga
Pukul mentega, telur dan gula hingga kembang dan berkrim
Masukkan tepung, rempah dan esen vanila dan gaulkan hingga rata
Griskan acuan kek (bentuk 4 segi)
Masukkan sesenduk adunan kek ke dalam acuan dan bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 C hingga masak
Taburkan buah prun ke atas lapisan kek yang sudah masak
Masukkan sesenduk lagi adunan kek ke atasnya dan bakar semula sehingga masak
Ulangi proses itu sehingga habis semua adunan
Bagaimanapun untuk lapisan ketiga dan seterusnya, gunakan api bahagia atas sahaja
Setelah semua lapisan kek siap dibakar, panaskan semula api bahagian bawah dan juga atas dan bakar kek selama 10 minit

PESANAN
"Inti" kek lapis boleh digantikan dengan badam, kimis, kekacang atau buah-buahan kering.
Jika menggunakan badam atau kekacang hendaklah dikisar halus dahulu.
Buah buahan kering pula dipotong kecil

0 Comments:

Post a Comment

<< Home